Tuesday, December 27, 2011

Keputusan yang TERBESAR kot dalam hidup

Dari kecil lagi aku yang selalu membuat keputusan untuk aku. Dimana aku nak sekolah, nak masuk asrama ker, nak keluar asrama ker, nak ambil universiti mana, nak pilih bidang apa. Nak beli kereta apa.
Keputusan-keputusan untuk adik-adik juga kadang-kadang aku yang buat. Bukan bermaksud mak dan abah tak ambil peduli, tetapi mereka tidak faham dan tidak tahu proses-prosesnya tetapi mereka sentiasa support whatever pun pilihan aku. mereka selalu mempengaruhi aku walaupun tidak sedar dan pastinya doa tak putus-putus untuk aku.
Alhamdulillah semua keputusan setakat ini adalah yang terbaik. Syukur ya Allah. Sekarang, sekali lagi aku kena buat keputusan. Keputusan yang terbesar kot dalam hidup aku. Aku mengharapkan petunjuk Mu Ya Allah kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...Semoga keputusan yang akan ku buat adalah yang terbaik untuk ku, agamaku, keluarga ku, saudaraku di masa kini dan di masa akan datang...amin.

****Jangan tanya keputusan apa...biarlah rahsia...:P (geram tak...hehehe)

Thursday, December 15, 2011

Jalan-jalan Melaka

Aktiviti jalan-jalan Melaka ini berlaku pada 10-12 Disember 2011. Aktiviti jalan-jalan ni bukan bertujuan untuk suka ria saja tapi ada 4 tujuan utama.
1-Menghadiri kenduri kawan matrik aku...Intan Noraisyah
2-Melawat abang di Melaka
3-Melawat dan mengimbau kembali nostalgia di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM).
4-Melawat Melaka bandar bersejarah

10 Disember 2011

Aku memang dah apply cuti awal-awal tarikh ni sebab Intan dah cakap tarikh kahwin nya lama sebelum kejadian. Bertolak dari Kuala Lumpur jam 11.00 pagi sampai di tempat kenduri pukul 1 lebih. Lambat sikit sampai sebab jem. Sampai-sampai makan dulu sebab lapo tak breakfirst. Then jumpa kawan-kawan lama...Hanif dan isteri, Imah, Ayun, Achik serta Julia dan suaminya. Sayang sekali ad sampai lambat. Tak sempat ler nak jumpa.
Lepas tu aku ajak Imah, Ayun dan Achik ke KMM. Sedih tak boleh masuk, guard dia tak bagi. So tengok dari luar jer lah. Terbayang la zaman study kat KMM ni. Kenangan manis yang tak dapat dilupakan.Kat sini lah aku jumpa ramai kawan-kawan dan baik sampai sekarang.
Lepas pegi KMM diorang nak makan cocnut shake pula, so pergilah dekat Klebang coconut shake. Imah cakap femes kat situ. Rasanya memang tak menghampakan sesuai la dengan ramai orang yang sangggup datang dan beratur nak beli coconut shake tu. Harganya pun memuaskan. Kami order 8 coconut shake, 2 nasi lemak, dan 5 karipap hanya RM20.20. Murah kan!
Dah habis makan diorang balik KL, aku dan team jalan-jalan aku terus ke rumah abang di Bertam Setia. Jumpa dua orang budak yang semakin lincah tu...Alysha dan Adam. Kak Shahaz pun dah sarat mengandung, awal bulan 2 ni due date dia.

11 Disember 2011

Hari ni hujan renyai-renyai kadang-kadang sederhana. Tak berapa best nak jalan tapi ok lah juga kalau tak hujan panas sangat. Hari ni plannya nak jalan-jalan Bandar Hilir dan Air Keroh. Kami keluar agak lewat dalam pukul 12 tengahhari. Alysha dan Adam pun ikut sekali. Excited betul diaorang nak jalan-jalan. Destinasi pertama ialah zoo Melaka. Bila sampai jer parking penuh dan ramai giler orang. Dengan hujannya so aku decide nak pegi Bandar Hilir dulu. Parking kereta dekat Dataran Pahlawan. sampai-sampai tu makan dulu sebab semua orang pun dah lapar. Then pegi kota A'Famosa. Kuat juga budak kecik 2 orang tu naik tangga. Bila penat berjalan kitaorang lah gilir-gilir dukung.
Lepas tu naik beca pergi River cruise dengan harga RM10.00. Kemudian naik cruise dengan tiket berharga RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Bila hari semakin gelap kami pun balik. Tapi kena singgah TESCO kejap sebab dah janji dengan Alysha dengan Adam.

12 Disember 2011

Bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Sampai jer kuarters UM kejadian yang tidak diingini berlaku. Ujian...







Wednesday, December 14, 2011

Mencemaskan MUHARRAM berasap!!

This is my lovely Muharram.



12 Disember 2011
Sedih, cuak dan mencemaskan dengan apa yang terjadi dengan Muharram. Hari isnin hari tu (12 Disember 2011) setibanya di kuarters UM aku pun relaks jap dalam kereta sebab nak sejukkan enjin kereta. Lepas tu dengar siti cakap "asap, asap". Tengok-tengok bahagian sebelah pemandu asap dah keluar dari bawah. Boleh pula nampak cahaya dari bawah tu..dalam hati dah terfikir Muharram nak terbakar ker. Suruh Latif tutup enjin tapi enjin tak nak mati walaupun cuba beberapa kali. Serius menakutkan!!..adik-adik aku dah lari tak tau kemana dah...badan aku dah terketar-ketar...huhuhu. Nasib baik pada ketika itu ada sorang brader ni tengah angkut barang untuk pindah rumah. Dia pun minta spana nak buka wire kat bateri kereta. Alhamdulillah enjin mati, asap berkurang, cahaya macam api pun tak nampak. Brader tu cakap mungkin masalah shock circuit.

13 Disember 2011
Down sekejap memikirkan Muharram. Tak tahu nak buat apa. Then sembang-sembang dengan kawan opis, google apa yang patut dan dengan kekuatan yang diberi oleh Allah aku tenang kembali. Fobia tau nak bawa Muharram dah...:(.

14 Disember 2011
Aku call syarikat insurans (Alliance) untuk tarik kereta tu ke worskhop. Alhamdulillah semuanya senang jer urusan. Free tak perlu bayar pun. Sekarang Muharram sedang dirawat di Pusat Servis Taman Maluri, Kepong. Cepat baik yer sayang. Dan achik dengan baiknya memberi April untuk sementara waktu ni kat aku...:) Thank you achik.

****Kalau kereta tak boleh mati tu, patutnya aku try masuk kan gear pastu lepas cluth kan. Mungkin dia boleh mati dengan sendiri.

Saturday, December 3, 2011

I-city Shah Alam

Hari ni nak cerita pasal jalan-jalan kat I-city Shah Alam. Aku dah 3 kali pergi tempat ni. 1st dengan adik-adik lepas Zen konvo pada 24hb 10, 2011, 2nd masa Masako and Eriko datang pada 9hb 11, 2011 dan baru-baru ni pada 30hb 11, 2011 sebab Teep datang and aku nak bawa Hafiz jalan-jalan. Kali ketiga pergi, berkesempatan la masuk Snowalk kat I-city ni.

I-city ni kena pergi waktu malam sebab malam baru nampak cahaya-cahaya dari lampu LED yang dibuat bermacam-macam bentuk. Cantik la juga segala jenis pokok-pokok, haiwan-haiwan dan macam-macam benda lagi bercahaya. 2 kali pergi masa tak cuti sekolah tak berapa ramai pengunjung, kali ketiga ni pergi punyalah ramai makhluk sebab cuti sekolah. Parking pun mahal RM10.00 selalu RM3.00 jer per entry. Geram juga mula-mula tapi bila ingat nak masuk I-city tu free aku cool la balik.

Dalam I-city ni juga ada permainan dan show yang lain. Kalau nak main/naik benda-benda kat luar tu kena beli tiket. Tiket berharga RM5.00 untuk setiap satu permainan. Layan la juga satu dua permainan.


Lampu-lampu LED di I-City Shah Alam

Posing sedas dua dengan kawan-kawan dari Jepun, Masako-san and Eriko-san

SNOWALK di I-city

Ni la kot tarikan paling best kat I-city ni, Snowalk. Nak masuk snowalk ni kena bayar RM25.oo bagi dewasa dan RM20.00 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, warga tua dan orang kurang upaya. Tiket ni termasuk baju sejuk yang disediakan. Kalau tak pakai kasut yang sesuai kena la sewa (berapa ringgit lupa nak survey). Sebaiknya kalau nak pergi pakai kasut bertutup siap-siap dengan stokin. Dan jangan lupa bawa glove sekali kalau ada sebab dalam tu memang sejuk, below 5 degree.

Dalam snowalk ni ala-ala musim winter la. Ada rumah ais, snowman, ikan ais dan macam-macam lagilah benda yang direka menggunakan ais. Lepas tu ada kereta gelongsor sape yang teringin nak main boleh lah. Kami tak main pun sebab ramai orang dan nampak macam bahaya jer. Kalau tengok signboard kat luar tak boleh bawa kamera, tapi aku selamba jer bawa dan selamba jer tangkap gambar plus aku tengok ramai jer orang buat macam tu.


kami...aku, zen dan hafiz


adik-adik aku yang excited nak main salji...

Dalam snowalk ni Hafiz jatuh sampai sekarang sakit-sakit pinggang katanya. Bahaya sebab licin so hati-hatilah sape yang nak ke sana yer.


Monday, November 21, 2011

Tokyo DisneySea

Petang-petang yang kehujanan ini rasanya eloklah aku mengupdate blog yang lebih kurang 2 minggu tidak berupdated. Pikir punya pikir akhirnya aku nak cerita pasal kami pergi Tokyo DisneySea. Aktiviti kali ini seperti biasalah diikuti aku, Teep, Tim dan Delvin. Sayang sekali Cigdem tak boleh ikut sebab sensei Konegai yang sangat sayangkan dia nak buat sayonara party untuk dia. Kami pergi pada 10/09/2011, iaitu 7 hari sebelum kami pulang ke tanah air masing-masing. Kiranya Tokyo DisneySea ni adalah penutup Jalan-Jalan Jepun kitaorang.


Antara gambar yang dicantum-cantum...



Seperti biasa jadual perjalanan akan diperolehi disini. Kali ini kami bertolak agak lewat aku pun dah tak ingat sebab apa kami bertolak lewat. Sampai lebih kurang 10 pagi lebih. Panas masa ni sebab musim summer. Kitaorang beli tiket 1-day passport yang berharga 6200 yen (lebih kurang RM257.00) untuk dewasa lebih 18 tahun dan ke atas.

Dalam Tokyo DisneySea ni dibahagikan beberapa kawasan iaitu:
Mediterranean Harbor
American Waterfront
Port Discovery
Lost River Delta
Arabian Coast
Mysterious Island
Mermaid Lagoon

Biasalah dalam setiap kawasan tu ada lah anak-anak dia lagi. Besar, memang tak cukup la nak tengok, main dan tangkap gambar. Pergi jelah mana yang sempat. Bagi aku yang penakut + malas nak tunggu berjam-jam untuk beratur padahal mainnyer kejap jer tak der la excited nak main sangat. Aku lebih excited menangkap gambar jer.


Mermaid Lagoon

Kami banyak habis masa dekat Mermaid Lagoon kot. Habis pusing la dalam ni. Sesuai la dengan aku yang penakut sebab permainan kat sini biasa-biasa jer. Biasa-biasa pun bila naik Flounder's Flying Fish Coaster yang ambil masa satu minit ni je pun dah menjerit nak terkeluar anak tekak. Orang lain steady jer gelak sengih sampai lambai-lambai tangan. Sebelum tu kitaorang naik Scuttle's Scooters, biasala permainan kanak-kanak tak mencabar langsung...:p

Lepas tu dalam ni juga naik Blowfish Balloon Race. Naik dalam gondola berbentuk seashell kat atas nyer ikan tembam-tembam, comel. Naik turun naik turn and then pusing pastu habis. Last sekali kat sini kitaorang masuk Mermaid Lagoon Theater. Theater selama lebih kurang 14 minit ni best juga. Ada bahasa Jepun dan juga english. Kat sini jumpa lah dengan ikan duyung, Ariel, Flouder dan macam macam-macam lagi termasuk la kerang bushuk. Teater muzikal pendek ni tergantung-gantung atas kepala kita. Cantik, bertenaga dan puas hati la ambil masa untuk tunggu tengok teater ni.


Arabian Coast
Kat Arabian Coast ni jalan-jalan amik gambar jer. Ingat nak makan kat sini konon-konon ada halal food la. Dah nak order nak ambil kari udang, tapi tanya punya tanya kat kuah dia ada ekstrak butaniku (babi). Alhamdulillah Allah selamatkan kami. So kami makan la biskut-biskut yang dibawa dari TBIC jer.

Mysterious Island
Ha, kat sini la kawan-kawan aku yang lagi 3 orang tu nak pergi sangat. Permainan dia semuanya mencabar. Naik roller coaster dalam volcano yang tiba-tiba meletus. Walaupun masa yang diambil 3 minit jer tapi bila dalam keadaan macam tu rasa lama je kan...Aku cerita macam la kami naik...hehehe. Sebenarnya dah pergi sini tapi ada masalah teknikal so dihentikan seketika..Alhamdulillah kalau tidak mesti aku terpengaruh dengan rakan sebaya suruh naik juga benda tu...huhuhu.

Lost River Delta
Kat sini kami jalan-jalan sepintas lalu dan singgah agak lama sikit kat kawasan Latin Amerika sebab salah sorang ahli rombongan kan orang Latin, dia pegi makan kitaorang solat. Dari sini kitaorang naik bot untuk ke American Waterfront. Tak larat dah nak jalan. Hari pun semakin gelap.

American Waterfront
Kat sini banyak juga benda-benda menarik dan cantik yang boleh dicuba dan diambil gambarnya. Tapi malangnya bateri kamera masing-masing dah nak kong. Tangkap je la apa yang sempat. Lepas tu Delvin dengan Tim nak naik Tower of Terror. Dah la nak masuk maghrib masa tu so aku ngan Teep surrender bagi diorang jer. Kitaorang pegi solat maghrib dulu. Lepas je solat nampak lagi diorang beratur so menyelit la sekali kat diorang. Save masa. Ingat dah nak sampai tapi panjang lagi nak masuk dalam tu. Barisan berpusing-pusing, tapi sepanjang barisan tu ada la macam-macam tarikan supaya kita tak boring kan. Aku dah duduk dah masa ni tak larat nak berdiri. Dalam hati ni cuak-cuak takut. Akhirnya kami pun naik la lif dalam hotel tu. Ha aku menjerit sampai kawan-kawan semua takut. Walaupun masa hanya 2 minit tapi cukup lah untuk menyakitkan anak tekak ku. Sebenarnya ganas lagi space shot yang kat Genting tu.

Lepas habis kat Tower of Terror ni baru lah melawat kedai-kedai untuk beli souvenir sebagai tanda-tanda kenangan pergi Tokyo DisneySea. Lepas dah puas hati kami pun keluar la dari gate DisneySea tu. Penat sangat-sangat dengan tak makan berat dan cuaca panas. Tapi puas hati dapat pergi sini. Lagi info boleh dapatkan disini.

***Untuk keadaan lebih selesa dan best pergilah masa spring ataupun autumn.
##Bila menulis entry ini fikiran menerawang ke Jepun...really I miss that moment...I miss my friends...and damb.


Sunday, October 30, 2011

Aryan Haris datang office makngah

Hari ini aku kerja. Sehingga sekarang 2 gempa bumi yang berlaku didalam kawasan tanggungjawab kami telahpun di isu. Petang-petang ni lapar+ngantuk la pulak. Tadi try nak buat peta guna GMT dan tengok-tengok balik TUNAMI...dah tak tau nak start dari mana..(sebab penyakit malas ada lagi tu yang malas nk cuba2). Nota pun tak bawa. Yang paling aku kesali sebab tak bawa balik buku yang aku conteng-conteng pasal benda-benda ni semua. Hari tu sebab dah terlebih muatan aku buang buku tu sedangkan banyak maklumat dalam tu. Betul lah ayat ni "Sesamar-samar TULISAN sebaik-baik INGATAN". Aku tak hargai buku sekarang terimalah balasannya...:( "What U give, U get back!!"

Sebenarnya entry ni nak cerita pasal budak kecik (Aryan Haris) yang datang office tadi. Saja jalan-jalan. Suka la dia duduk office ni sebab ada aircond. Aryan suka sejuk. Nanti ibu dia kena pasang aircond ler kat rumah...Aryan Haris dah 3 bulan lebih. Dah pandai nak sembang-sembang. Sekarang dak kecik ni sedang berusaha untuk meniarap. Setakat ni tak berjaya lagi. Ganbatte Aryan-chan.
~Aryan terbang...sukala kalau buat macam ni~

~Apa lagi, makcik-makcik Aryan pun posing la jugak kat opis~

~Ibu Aryan pun tak nak ketinggalan la kan~

~Cik Meen Aryan yang giler bergambo ni lagilah...nak bergambo srg2 berlatarbelakangkan screen TV yang ada kat MNTEWC~

~Cak...Aryan dengan makngah nyer la~

Wednesday, October 26, 2011

Susah hati

Susah hati lah sebab external hardisk aku tak boleh detect kat mana-mana komputer. Aku tak kisah nak beli lain, tapi data-data yang ada dalam tu. Nilainya sangat tinggi. Semoga boleh diselamatkan. Salah aku sebab tak buat backup awal-awal. Asyik bertangguh jer. Ni lah padahnya sikap suka bertangguh aku.

Monday, October 17, 2011

Tak semua benda boleh bagi tau

Setiap detik dan ketika selepas 14hb10 2011, telinga aku terngiang2 suaranya. Maaf hanya itu yang berdetik dalam hati ini. Keras hatiku ini untuk kebaikan dia juga. Dia adalah insan yang aku sayang. Perasaan empati makin menjadi-jadi pula sehari dua ini. Maaf maaf maaf. Semoga Allah tunjukkan jalan terbaik...amin. Ampunkan aku Ya Allah jika caraku salah...amin.

Tuesday, October 11, 2011

Catatan ringkas malam ini

dah isu 2 gempa
mengantuk
cari-cari hotel lagi untuk menginap semasa kempen
ingat mak ingat kampung
lapar sikit-sikit
rasa nak tengok cerita Korea

Monday, September 26, 2011

Selepas 10 hari kepulanganku...

Hari ini genap 10 hari aku di Malaysia setelah 11 bulan 20 hari di Jepun. Tiap-tiap hari rasa nak update blog dan tiap-tiap hari juga malas. Internet pun tak der kalau kat kampung. Henset pun tak der...kesian kat aku. Sekarang ni aku dah ada kat KL. Bersiap-siap amik mood nak keje kononnya. Hati ni masih di Nippon kot. Bila aku cakap Jepun best, rindu Jepun bukan bermakna aku tak sayang Malaysia. Of course aku sayang Malaysia, tanah tumpah darahku. Family aku semua ada kat sini. Tak der negara yang boleh ganti tu. Aku memang nak balik sangat-sangat jumpa family dan kawan-kawan. Hampir setahun kan dok sana nak biasa balik dengan keadaan di sini amik masa sikit la. Macam mula-mula aku sampai Jepun juga, aku amik masa juga nak terima semua tu... nangis juga.
Di Jepun family jauh, kawan-kawan lah tempat mengadu susah senang. So hubungan dengan kawan-kawan pun agak rapat. Bila balik sini mulalah rindu. Rindu serindu-rindunya...namun banyak lagi tanggungjawab aku kat sini...semoga rindu ini tidak melalaikan aku...semoga rindu ini tidak mengalpakan..Balik cuti kat kampung best la tapi bila dah ada kat KL macam tak best balik. Jiwa aku memang jiwa kampung. Aku tak suka kota metropolitan ni...hahaha...ayat tak boleh blah kan
Sekarang ni dok layan Aryan Haris jer. Sib baik ada budak kecik tu.


~Si comel in my car...as I promise~

~Nangis sebab terkenangkan dan rindukan seseorang...Cik Mok yang start...Cik Mok la kena teman nagis...ngeee~

~Budak kecik ni namanya Aryan Haris...~

Friday, September 2, 2011

Aidilfitri di perantauan...

Selamat Hari Raya Adilfitri...Maaf Zahir dan Batin. Hari ni 5 syawal...Tahun ini aku berkesempatan beraya di Jepun. Bagus juga dapat merasa beraya diperantauan...Mungkin kesedihan atau kesyahduan itu tidak terasa sangat sebab ramai kawan-kawan di sini. Di tambah pula aku dah besar dan InsyaAllah akan pulang ke tanah air tidak lama lagi. First time tak raya bersama family ialah masa kat matrik..raya haji...nangis giler masa tu...huhuhu. Family kat Malaysia pun semua gembira. Adik-adik pun dah besar dan boleh menguruskan semuanya dengan baik. Tiada apa yang perlu disedihkan...kan...kan...kan....Lepas dengar takbir raya alunan arwah ustaz Asri shahdu juga la lepas tu.

Kami juga masak-masak seperti kat Malaysia..walaupun masakan tidaklah sehebat di Malaysia, tiada asap lemang dan sate tapi Alhamdulillah ketupat nasi, rendang ayam dan kari daging disediakan dengan sedapnyer...hehe..puji masakan sendiri. Malam tu dalam pukul 1 pagi perut terasa lapar dan hidung tak boleh lagi kawal aroma bau makanan tu, kami pun makan ler juadah hari raya tu.

Pagi hari raya bangun awal sebab nak pergi solat raya di masjid Tsukuba. Kena pergi Tsukuba center naik public bas dan disana nanti dijemput oleh rakan senegara yang berkereta untuk ke masjid. Dalam pukul 7.30 pagi kami pun sampai di masjid. Suasana warna-warni kelihatan. Kanak-kanak keriangan...yang dewasa pun berborak sakan..macam-macam bahasa boleh kedengaran. Selepas solat ada yang bagi-bagi kuih raya..makanlah kami..Aku pun bawa muruku yang dikirim dari Malaysia. Pengalaman mengenali muslim yang bukan se mazhab ni sesuatu yang bagus juga. Teringin sekarang ni nak mengetahui mazhab-mazhab lain dengan lebih detail selain dari mazhab Syafie.

*
*
*
~Photo di pagi raya bersama rakan-rakan dari Indonesia. Dan tak lupa juadah raya kami...:)~
[Picture credit: Cik Teep dan Cik Bai]
*
*
*
~Photo di dalam masjid...penuh dengan kawan-kawan pelbagai negara~
[Picture credit: Cik Teep dan Cik Bai]
*
*
*
~Kami dapat duit raya US dolar..hehehe...lepas tu beraya ke LALA GARDEN dan TSUKUBA CENTER sampai ke malam. Photo sebelah kanan bawah tu kat TBIC, jumpa geng lama...ISE..Gong Kedak reunion...happy sangat-sangat...:)~
[Picture credit: Cik Teep dan Cik Bai]
*
*
*
~Photo raya family di Malaysia...gembira tengok photo ni~
[Picture credit: Cik Zen]
*
*
*
~Adik-adik saya dan Alysha anak buah saya. Nah dan Muhammad Hafiz takder dalam picture ni..Nah beraya bersama suami di kelantan, Hafiz tak tahu g mana..mungkin belum bangun~
[Picture credit: Cik Zen]
*
*
*
Sekarang ni dok layan tengok picture raya kawan-kawan dan sedara mara kat FB...gembira tengok kegembiraan mereka...:)

Once again...Happy Eid Mubarak




Sunday, August 21, 2011

Hati ini

Hari ini 21 Ogos bermakna 21 Ramadhan..kejap je masa berlalu. Dan ini bermakna tak sampai sebulan lagi InsyaAllah kami akan kembali ke Malaysia. Sabar menunggu untuk kembali bertemu insan-insan tersayang dalam hidup ini. Pun begitu kesedihan tetap juga hadir untuk meninggalkan insan-insan tersayang disini. Semalam siap bermimpi 17 sept di Malaysia. Aku menangis kerana ingatkan dia and then bila bangun betul-betul air mata bergenang. Inilah adat pertemuan dan perpisahan..:(
Hati juga tertekan sejak dua menjak ini kerana menyayangi seseorang dan dalam masa yang sama membenci apa yang ada dalam fikirannya. Seringkali ingin meyalahkan dirinya kerana berlaku kejam pada hati ini. Tapi setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya...salah satunya mengenai kesedaran aku tentang Palestin....maafkan aku Palestin....

Saturday, August 13, 2011

Genki sushi, Fukuroda Fall dan Pantai Owarai

Lama rasanya tak bercerita aktiviti berjalan-jalan kami kat Jepun ni. Hari ni lepas je siap abstrak master report terus terdetik untuk mengemaskini cerita kami di blogku ini. Aktiviti kali ni bersama dengan rakan seMalaysia iaitu Daliza dan adik Raihan. Daliza ni student kat university Tsukuba, kami kenal dalam Tsuku bas. Raihan pula student kat Tokyo tapi dia ada buat research kat Tsukuba dan kenal Raihan masa gempa bumi Tohoku, Mac 2011 tu. Kami sewa kereta 2 hari untuk aktiviti kali ni sebab Daliza ada lesen memandu Jepun.

Start petang Jumaat, 1Julai 2011, Daliza ambil kami kat JICA dan bawa kami ke kedai shopping baju murah katanya. Sampai kat kedai tu masing-masing cakap macam kenal...rupa-rupanya kedai ni dekat sangat dengan tempat kami belajar (BRI)...sebelum ni tak pernah pergi pun.

Inilah "Si puteh" yang menjadi penemam kami selama 2 hari
~picture credit: Cik Tim
*
*
*
Seterusnya kami dibawa ke GENKI SUSHI. Daliza cakap sushi kat kedai ni sedap, sape yang tak suka makan sushi pun boleh jadi suka. Percaya atau tidak setelah hampir 10 bulan duduk kat Jepun ni, ni lah kali kedua aku makan sushi. Kali pertama makan dekat BRI masa party tapi tak habis dan terpaksa dikeluarkan kerana tekak melayu aku ni tak boleh terima. Jadi benarlah kata Daliza sushi kat sini sedap. Banyak jugak la aku makan. Sushi belut pun aku makan...huhuhu...tapi semuanya yang masak dan tak der daun hijau tu.

Antara sushi yang dimakan...tersenyum kekenyagan selepas makan...:)...Harga sushi ikut warna pinggan. Yang paling mahal pingan yang bercorak-corak petak tu.

Dah malam balik tido dekat rumah Daliza dalam Universiti Tsukuba.
*
*
*
2 Julai 2011, pagi-pagi dah keluar untuk meneruskan perjalanan ke air terjun Fukuroda. Berpandukan GPS dalam "Si Puteh" kami sampai di Fukuroda lebih kurang pukul 9.00pagi. Bertolak dari rumah Daliza pukul 7.00pagi. Ni ada sesat-sesat sikit, kalau tak sesat lagi awal sampai. Kami pun explore la apa yang patut. Cantik kan dalam gambar ni Fukuroda fall. Kalau nak menikmati air terjun ni kena pergi tiap- tiap musim. Musim autumn daun semua kekuningan, musim winter air dia boleh membeku, musim bunga mestilah banyak bunga dan musim panas macam gambar kat bawah ni...Paling best pergi masa winter sebab boleh petik buah epal di ladang-ladang berdekatan.

picture credit: Cik Teep

With a height of 120 meters and a width of 73 meters, the "Fukuroda Falls" are one of the most renowned, vast waterfalls in Japan. The waterfall is also known as "Yodo-no-Taki" (四度の滝) since it drops down over four cascades. It is also said that this other name came from a remark uttered by Saigyo-hoshi (a Buddhist priest and famous poet in the Heian era) when he visited this spot: "To appreciate the true tastes of this spot, one has to visit it in each of the four seasons." The falls offer their unique attractiveness in each season—tender greenery in spring, echoes of splashing sounds in summer, tinted leaves in autumn, and an entirely frozen waterfall in winter. Presumably, many literary artists or calligraphers were deeply impressed by such a variety of beauty that turns as do the four seasons.::SOURCE SINI


Ikan ni memang terkenal kat Fukuroda....
Sedap makan panas-panas..org lain makan ais cream aku makan ikan...
~ Picture credit: Cik Teep and Cik Tim
*
*
*
Seterusnya kami bergerak ke Pantai Owarai. Tak ramai orang masa ni mungkin masih terkesan dengan tsunami Mac 2011 hari tu. Aku tengok-tengok jer dari atas tak turun pun. Tim & Daliza jer turun nak pegang air.

Owarai Beach
Sempat juga la posing sekeping dua walaupun panas dan kelaparan
~picture credit: Cik Teep dan Cik Tim.

Lepas ke Owarai kami pun pulang ke Tsukuba dan menikmati lunch di Ali Kebab. Itulah kisah percutian 2 hari 1 malam kami bersama rakan senegara.


ppppppssstttttt: kan best kalau boleh merapu dalam master report macam merapu dalam blog...:)

Friday, August 5, 2011

Ramadhan di perantauan...

Salam Ramadhan semua...
Alhamdulillah kita masih diberi nafas di Ramadhan kali ini. Tahun ini pegalaman pertama aku berpuasa di negara orang yang rata-rata tidak berpuasa. Tapi orang sekeliling amat menghormati kami cuma mereka cukup risau dan selalu tanya tak lapar ker? berapa jam lagi? dan macam-macam lagi. Sebab diorang tak boleh nak imagine kena tahan tak makan tu. Aku kata sama je macam biasa. Ada juga yang salah faham tentang puasa. Diorang ingat orang islam tak boleh mandi masa puasa. Mungkin ada lagi yang diorang imagine kot.

Sama jer suasana puasa kat sini sebab tengah sibuk so tak sempat nak keluar jalan-jalan so tak nampak la orang makan ke minum ker. Kalau keluar pun rasanya tak der masalah..bukan budak kecik yang senang teringin dan terliur nak makan itu ini. Lagipun bukan makanan kegemaran kita pun. Aku lebih teringin makanan-makanan yang di upload di FB oleh kawan-kawan di Malaysia.

Apa yang paling dirindukan ialah sembahyang teraweh kat masjid. Teringat masa dok Gong Kedak dulu. Masjid banyak pilih saja nak pegi masjid mana. Rindu suara imam dia juga (boleh tak??...;)).. Kat opis pulak sahur dengan pakcik-pakcik...macam-macam lauk ada.

Aku rindu juga zaman kecik-kecik buka puasa dengan family. Air 3 jag pun tak cukup. Sebelum azan dh kaut lauk2 masuk dalam pinggan. Habis ja azan start makan tak angkat kepala dah...:) Owh I miss them so much. Time sahur mak la paling kesian. Panggil semua anak2 tak mau bangun...liat sungguh.. mana tak nya mak bangun sahur awal sangat dalam pukul 4 macam tu. kami nak bangun pukul 5. Aku antara yang paling liat bangun. Zen, Cik embun dan Ajad seangkatan dengan aku. Yang rajin sikit pun Nah dengan Tijah kot..

Sebelum Ramadhan kat sini aku semangat nak rajin masak. Siap beli blender lagi. Senang nak masak apa2 kan terutamanya masak ayam masak merah ka, sambal ikan bilis ka. Tapi hajat tak berapa nak kesampaian sebab sensei srh balik lambat siapkan report ASAP...huhuhu..Hari ni curi-curi balik awal sbb sensei tak der...:)

Tu jer la nk taip...penat dah..klu ikut nak citer...banyak...belum masuk zaman puasa kat matrik, ukm, pantai dalam, at -tijarah , mmd dan lain2 zaman lagi..


Saturday, July 30, 2011

Aryan Haris

Alhamdulillah hari ni genap sebelas hari Aryan Haris dilahirkan ke dunia. Siapakah Aryan Haris??? Aryan Haris adalah anak kepada adik saya Maznah binti Azis bersama pasangannya Nor Azuwan. Sebelum saya datang ke Jepun ni diorang baru jer kahwin dan bila saya pulang InsyaAllah boleh jumpa Aryan Haris...:)
So bukanlah Ahmad Hussein namanya..nama anak-anak sekarang. Aryan bermaksud "Penjaga/Pengawal" manakala Haris bermaksud "kuat berusaha". Oleh itu gabungan nama ini membawa maksud pengawal/penjaga yang kuat berusaha sesuai dengan kedudukan Aryan Haris sebagai anak sulung. Semoga dia gigih dalam menjaga ibu dan ayah serta adik-adiknya nanti, kuat berusaha menjaga islam dan yang lain-lain ke arah kebaikan. Sebagai makngah saya doakan semoga Aryan Haris menjadi anak yang soleh, bahagia dunia dan akhirat.


~My new nephew...Aryan Haris~

~My niece and nephew...dah ada 3 cucu mak ngan abah~


Wednesday, July 27, 2011

Hatiku sangat letih

Hatiku terasa letih...:(

Sunday, June 26, 2011

Mimpi arwah tok

Semalam mimpi arwah tok. Tapi bila ingat-ingat balik bukan muka tok yang aku nampak. Cuma bila bangun aku teringat tok. Rasa sedih pulak...dan mulalah rasa terkilan kembali menjelma sebab tak dapat tengok tok untuk kali terakhir masa tok dikafankan...Aku bangun dan baca yasin untuk arwah.

Tapi mimpi tu jadi lebih dasyat lagi bila aku nampak mayat wanita bertubuh besar yang ingin dikafankan oleh sekumpulan wanita yang tidak tahu cara-cara pengurusan jenazah. Mereka melakukan dengan cara yang agak kasar terhadap jenazah itu. Aku yang tahu hanya melihat dan kasihan di dalam hati kerana aku takut untuk memegang jenazah itu (dalam mimpi tu la). Kemudian bila aku bangun aku fikir sendiri ...aku berani atau tidak nak menguruskan jenazah. Aku pun tak tahu sebab tak pernah lagi. Tapi aku harap aku diberi kekuatan untuk menguruskan jenazah. Masa di UKM dulu aku ada belajar pasal pengurusan jenazah. Ilmu tu alhamdulillah aku masih ingat lagi. Terbayang lagi latihan amali yang kami lakukan. Menguruskan jenazah ni fardhu kifayah bagi orang islam. Aku terfikir...kebiasaannya orang tua-tua yang menguruskan jenazah ini. Apa akan jadi bila mana orang tua-tua yang arif dalam menguruskan jenazah ini meninggal dunia. Semoga ramai generasi muda boleh mengambil alih tugas ini.



Al-fatihah untuk arwah tok...Maimunah binti Ibrahim.

Sunday, June 19, 2011

Yokohama

18 Jun 2011 - Hari ini kami sempat berjalan-jalan ke Yokohama. Yokohama adalah bandar kedua terbesar di Jepun dengan populasi lebih dari 3 juta orang. Yokohama terletak lebih kurang 30 minit dari Tokyo. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati disini. Tapi disebabkan kami tiba agak lewat di Yokohama dan hujan sekejap-sekejap, tak banyak tempat yang sempat kami jelajah. Semua pakat tertarik pada Cosmo World amusement park sebab nak naik roller coaster tak termasuk aku la. Aku memang penakut tahap tak boleh paksa naik..fobia..huhuhu. So deme berempat jer la yang naik. Nak masuk Cosmo World ni free cuma kalau nak main apa2 kat dalam tu kena la bayar. Aku hanya naik Ferris wheel dan masuk rumah hantu. Serius cakap rumah hantunyer tak takut langsung. Memang la bunyi dah canggih tapi cara hantu tu keluar sangat la cool. Rumah hantu kat Melaka tu lebih mencabar la. Masuk rumah hantu kena bayar 500yen dan naik Ferris wheel tu 700yen.


Ni kat station Sakuragicho...satu stesen selepas stesen Yokohama

Cosmo World

Dalam Ferris wheel...antara yang terbesar di dunia

Gambar ni diambil masa kami di dalam Ferris wheel tu

Kat Red Brick Warehouses...dulu warehouses masa ada pelabuhan kat sini tapi sekarang jadi kedai-kedai dan restoran. Kami tak sempat nak jenguk2 kat sini cuma ambil gambar sambil-sambil tunggu bas 100 yen.

Tak banyak souvenir yang boleh dibeli. Beli jugak la tanda ingatan...

Gambar pun tak banyak aku ambil sebab hujan. Kamera aku ni anti gelap sikit. Kalau ada masa nak pergi lagi. Lagi best kalau dapat bermalam di sini. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang perlu diterokai...:)


Thursday, June 16, 2011

Sos tiram melambung ke udara!!!

Kari daging kambing dah siap...
*
*
Kuah spageti and spageti pun dah tersedia....
*
*
Sekarang tinggal nak goreng sayur..kejap je ni...dah boleh kemas dah...
Aku pun tumis bawang and then pegi amik sos tiram..
Sengih2 sambil buka sos tiram..

Tiba-tiba..................................Gedebushhhhhhhhh....
Sos tiram meletup!!!

Hua...hua...hua.....nak nangesssssss..

Habis la syiling, lantai, tudung aku, baju teep sikit, delvin sikit...Tim jer terselamat...
Kan satu keje nak kena cuci sos tiram..huhuhu

Bukan sengaja... dah dia nak meletup nak wat cam mana kan...Mana aku tau...:(
Sepatutnya boleh makan lebih awal tapi terpaksa la makan lewat sikit. Serius terkejut masa aku buka sos tiram tu and then sos tiram menlonjak keluar. Rasa macam bom pulak. Ingat dah habis satu dapur tu dipenuhi dengan sos tiram. Sib baik la ada kawan2 yang tolong cucikan...:)

Sayur lebih enak dengan sos tiram...jom makan sekarang!!!

Saturday, June 11, 2011

Jalan-jalan ke Asakusa

Selepas kami membeli belah kain-kain di TOMATO, Nippori kami meneruskan perjalanan ke Asakusa sebab nak beli souvenir. Sebenarnya ini pun bukan kami pertama kami ke Asakusa. 1st time pergi masa time winter. Sangat berbeza lah pergi sekarang sebab panas dan niat nak membeli belah pun berkurang. Pakai amik je apa yang berkenan and then jalan-jalan tangkap gambo balik. Lagipun dah penat jalan and bawa barang pun banyak.

Nak pergi ke Asakusa ni sangat senang sebab dari Tsukuba Center hanya perlu naik Tsukuba Express ke Asakusa. Tak perlu tukar-tukar train. Tapi sebab kami dari Nippori hari tu so kami terpaksa ke Ueno dahulu menggunakan JR Yamanote and then from Ueno ke Asakusa naik Tokyo Metro (Ginza Line). So dari Nippori ke Asakusa lebih kurang 30 minit. Sampai jer di Asakusa, alamak ramainya manusia...

Asakusa ni memang tempat terkenal di Tokyo untuk pelancong-pelancong. Banyak souvenir boleh didapati di sini. Berderet kedai2 so kena pandai pilih kedai jugak sebab ada yang murah dan mahal. Kat Jepun ni tak der tawar menawar apa harga yang tertera tu la yang kita kena bayar walaupun ambil banyak sekali pun. Senang juga tak der la kena tipu kita hanya kena pandai survey kedai yang murah sikit la.

Di Asakusa ni terdapat Sensoji Temple iaitu temple paling famous dan antara temple tertua kat Jepun ni (sumber: http://www.japan-guide.com/e/e3004.html) . Disepanjang jalan nak ke Temple ni la deretan kedai-kedai menjual souvenir.

Link
~start membelek-belek dan membeli t-shirt, kipas, magnet bar, and macam-macam lagi..
kedai ni agak murah berbanding dengan kedai-kedai lain~

~Antara barang-barang yang aku beli...tak banyak sangat pun sebab duit dah habis beli kain-kain masa kat TOMATO, Nippori~

~Masuk dalam kawasan Sensoji temple...~

~Tak lupa picture masa first time datang dengan Bai, Teep, Tim dan Adjie~

~1st time datang awal pagi and musim sejuk...rasa best la sikit nak jalan-jalan and membelek souviner~