Hari Selasa 11/12/2012 sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor kami (aku, HZ & SIL) keluarlah dari rumah dengan tujuan untuk survey rumah. Dah lama bertangguh nak survey rumah ni, masa asyik tak mengizinkan jer. Mula-mula tu kitaorang g area Bandar Kinrara then Puncak Jalil sambil on the way nak g Taman Teknologi Malaysia yang diwar-warkan opis JMM akan berpindah kat situ. Rumah-rumah kat sini memang boleh tahan harganya. Main juta-juta dah. Yang 2nd pun 300-400k. So misi hari ini tidak berapa berjaya. Malam tu HZ nak beli baju so kitaorang pun pergilah WARTA kat Bangi. Kebetulan ada agen jual rumah. Bandar Akademia (BA) ni lah. Tengok punya tengok terbekenanlah dua laki bini ni akan rumah banglo di BA tu. So tanpa fikir panjang HZ terus bayar RM100 untuk booking Lot. Then decide nak tengok tanah tu hari Khamis 13/12/12.
Hari Khamis 13/12/12 kami pun berjumpa dengan agen tu di Kajang untuk pergi tengok Tanah kat BA. Malam sebelum ni dah suruh adik-adik aku review pasal BA ni. Ada yang positif dan ada yang negatifnya tapi banyak yang negatif kata adikku + jauh dari KL. Dari Kajang set millage untuk ke BA. Lebih kurang 25KM jer tapi sampai dalam 45 minit sebab jem dan banyak traffic light kat Kajang tu. Kawasannya masih belum membangun lagi. On the way ke sana kena lalu kawasan-kawasan kampung, pokok sawit dan pokok getah. Tapi aku suka sebab suasana kampung gitu...sesuai dengan jiwa aku.
Tanah asal yang kami booking kurang cantik so kami decide amik kat fasa 3D Lot LL2242 end lot. Tanah dia rata dan lebih tinggi. Kami pun setuju untuk beli tanah tu dan buat banglo 2 tingkat model SUMMERFIELD. So proses seterusnya adalah mengisi borang-borang dan membayar deposit RM3k. Kami decide guna loan gov aku sorang then balance yang tak cukup tu topup sendiri. Lagipun rumah ni dijangka siap lagi 3 tahun. Start bayar rumah pulak selepas 18 bulan atau 95% bila rumah siap (yang mana sampai dulu). So sempatlah nak kumpul duit sikit-sikit. Harga tanah ni adalah RM101,300.00 dan harga rumah RM295k. So total dekat-dekat nak RM400k jugaklah. Duit booking 3k tu agen cakap akan dapat balik bila rumah siap. Tapi diorang pegang dulu mungkin nak tambah apa-apa kos lagi seperti nak masuk elektrik dan air nanti.
So sekarang kami tengah tunggu lawyer siapkan S&P. Semoga dipermudahkan...amin.
~Lot LL2242~
~Model rumah Summerfield~
~Antara rumah yang hampir siap~